DISCOVER AND SHOP AMAZING DESIGNS BY INDEPENDENT ARTISTS

8 langkah mudah untuk membeli di Creative United

Ikuti langkah-langkah untuk membuat tempahan dalam:
Bahasa EnglishBahasa Malaysia


Langkah 1 : Login atau Cipta Akaun

Pertama sekali, untuk membeli di Creative United, anda perlu mempunyai akaun. Ini bagi memudahkan penyimpanan maklumat penghantaran, pembayaran dan juga memudahkan urusan jual beli bagi pembelian akan datang. 

Cipta Akaun Baru atau sekiranya anda telah mempunyai akaun, Daftar Masuk di sini.

Isikan borang pendaftaran dengan lengkap. Anda perlu mengisikan maklumat nama, alamat emel dan cipta katakunci. Setelah anda mengisi borang, anda akan di bawa kembali ke muka hadapan Creative United dan di 'logged' dengan akaun baru anda.


Langkah 2 : Masukkan produk pilihan di Cart

Klik pada butang "Add to Cart" bagi produk yang diinginkan. Kemaskini jenis produk dan kuantiti produk yang ingin dibeli. Setelah klik, segala maklumat pilihan produk anda akan disimpan didalam Cart dan anda boleh melawati ke page lain untuk membeli produk seterusnya.


Langkah 3 : Checkout

Klik pada butang "Checkout" untuk meneruskan pembelian. Anda akan dibawa ke halaman maklumat penghantaran dan cara pembayaran.

Isikan kod promo/diskaun. Sekiranya anda mempunyai kod diskaun, isikan di ruangan "Enter Coupons/Discount Code". Klik butang "Redeem" untuk mengemaskini maklumat tempahan anda.


Langkah 4 : Isikan Maklumat Penghantaran

Isikan maklumat penghantaran. Maklumat penghantaran perlu disikan dengan lengkap. Anda juga boleh meletakkan maklumat penghantaran selain anda sekiranya ingin kami hantarkan tempahan kepada orang lain.


Langkah 5 : Cara Penghantaran

Nikmati promosi penghantaran. Creative United menawarkan penghantaran percuma bagi pembelian melebihi amaun tertentu. Oleh itu, berbelanjalah melebihi amaun yang ditetapkan untuk menikmati penghantaran percuma.


Langkah 6 : Pilih Cara Pembayaran

Pilih cara pembayaran. Kami menerima pembayaran dengan cara berikut: iPAY88(Online Banking), Credit/Debit Card via PayPal, PayPal dan Cash Deposit (ATM/e-Banking Transfer).


Langkah 7 : Ringkasan Pembelian

Lengkapkan tempahan. Klik pada butang "Click here to complete your order", sekiranya anda berpuas hati dengan tempahan anda. Anda akan dibawa ke halaman pembayaran sama ada IPAY88, PayPal or Cash Deposit mengikut cara pembayaran yang telah anda pilih.


Langkah 8 : Tempahan anda berjaya

Tahniah! Anda telah berjaya membeli produk pilihan anda di Creative United. Segala produk di Creative United dihasilkan setelah tempahan diterima. Kami memerlukan 2-5 hari bekerja untuk produksi dan akan mengaturkan penghantaran dengan segera. Setelah produk siap dan sedia untuk dihantar, anda akan menerima notis penghantaran melalui emel beserta dengan informasi tracking PosLaju.


Langkah 9 : Lihat Maklumat Tempahan dan Invois

Terima kasih kerana berminat dengan produk Creative United. Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan pendapat untuk kami menaiktaraf pengalaman anda di Creative United dengan menghantar emel kepada  hello@creativeunited.my.



Teruskan Membeli